irfan-irsyad - Mencari Keredhaan Ilahi
Nama sebenar Ibnu Maskawaih ialah Abu Ali Ahmad bin Muhammad bin Yaakub bin Maskawaih (330-421 H / 941 – 16 Februari 1030). Ada yang menyebut bahawa nama tokoh ini “Maskawaih” sahaja, tanpa “Ibnu”, kerana belum dapat dipastikan apakah Maskawaih adalah namanya sendiri atau nama anak lelaki (Ibnu) kepada Maskawaih.
Ibnu Maskawaih terkenal sebagai ahli sejarah dan falsafah. Di samping itu, beliau juga seorang moralis, penyair, serta banyak mempelajari ilmu kimia. Beliau belajar sejarah, terutamanya Tarikh at-Tabari (sejarah yang ditulis at-Tabari), daripada Abu Bakar Ahmad bin Kamil al-Qadi pada tahun 350 H / 960 M, sementara beliau mempelajari ilmu falsafah melalui guru yang bernama Ibnu Khamar, seorang mufasir (juru tafsir) kenamaan yang banyak ‘mentafsir’ karya-karya Aristotle. Manakala Abu at-Tayyib ar-Razi adalah guru Ibnu Maskawaih dalam bidang kimia.
Ibnu Maskawaih mempunyai hubungan yang baik dengan orang-orang penting dan penguasa pada zamannya. Beliau pernah bekerja dengan Abu Fadl al-Amid sebagai pustakawan. Setelah Abu…
View original post 447 more words